Tarikh / Hari : 22 – 3 - 2011 ( Hari Rabu ) Masa : 9.00-9.30 pagi
Kelas : 1 Hijau Bil. Pelajar : 18 orangMata pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Belajar Bersama-sama
Objektif : Pada akhir pengajaran, murid dapat :
i) Mengeja dan membatang 3 daripada 5 suku kata.
ii) Membaca perkataan yang terbentuk daripada suku kata terbuka.
Pengetahuan Sedia Ada :
i) Murid telah dapat membunyikan bunyi vokal dan suku kata tertutup.
ii) Murid telah menguasai kemahiran menulis perkataan suku kata tertutup dengan
betul dan kemas.
Konsep : Murid telah mengenal pasti sebutan abjad dan suku kata tertutup dengan lancar.
Bahan : Kad perkataan, gambar tunggal, LCD
Nilai : Kasih sayang.
Kemahiran : Kemahiran berfikir , kecerdasan pelbagai
Langkah/ Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran Pembelajaran | Catatan | ||
Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | ||||
Set Induksi ( 3 minit ) | LCD yang tertulis lirik lagu. | Guru membimbing murid menyanyikan lagu ‘ Sayang Semua ‘. | Murid-murid menyanyikan lagu sambil bertepuk tangan. | Kemahiran berfikir : -mengimbas kembali. | |
Langkah 1 ( 5 minit ) | LCD yang mengandungi perkataan (rujuk lampiran 1 ) | Guru membimbing murid mengeja suku kata. | Murid membaca suku kata yang ditunjuk oleh cikgu. | Kecerdasan pelbagai : -verbal linguistik. | |
Langkah 2 ( 5 minit) | BBM kad perkataan: -baju -buku -mata -meja -bola | Guru mengeja dan mambatang suku kata., Kemudian guru meminta murid mengeja dan membatang suku kata. | Murid mengeja dan membatang suku kata secara individu. | Kemahiran berfikir : -mengenal pasti -mengecam | |
Langkah 3 ( 5 minit ) | BBM -kad gambar, -kad perkataan | Guru membimbing murid bermain permainan ‘ Mencari Kawan ‘ - Murid yang mengambil kad perkataan mencari kawan yang mengambil kad gambar. | Murid bermain permaianan dengan penuh minat. | Kecerdasan pelbagai : -verbal linguistik, -intrapersonal. | |
Langkah 4 ( 6 minit ) | BBM -kad perkataan | Guru menampalkan perkataan yang terbentuk daripada suku kata terbuka yang dinyatakan tadi pada papan hitam kemudian membimbing murid latih tubi membaca perkataan tersebut dan meminta murid menulis dalam buku latihan dengan cara yang betul dan kemas. | Murid latih tubi membaca perkataan yang terbentuk tadi dan menulis perkataan tersebut dalam buku latihan. | Kemahiran berfikir : -mengecam | |
Langkah 5 ( 6 minit ) | Kertas penilaian : 1. Pengayaan - murid menyusun semula konsonan dan huruf vokal menjadi perkataan yang betul. 2. Pemulihan - memadankan suku kata menjadi perkataan yang betul. | Guru mengedarkan kertas penilaian yang disediakan kepada murid. | Murid menjawab kertas penilaian mengikut kumpula masing-masing. | Kemahiran berfikir: -mengenal pasti, -mengecam Kecerdasan pelbagai: -verbal linguistik | |
Penutup ( 2 minit ) | BBM Kad perkataan | Guru membimbing murid membaca semula perkataan yang ditampal pada papan hitam. | Murid membaca semula perkataan. | Kemahiran berfikir: -mengenal pasti, -mengimbas kembali Kecerdasan pelbagai : -verbal linguistik |
No comments:
Post a Comment