Saturday, April 28, 2012

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Ayat aktif dan ayat pasif ialah dua bentuk ayat yang berbeza  tetapi menyampaikan makna yang sama.

Ayat   aktif
Ayat     pasif

Saya  makan  nasi.
Nasi  saya  makan.

Dia  membaca  buku.
Buku  dibaca  olehnya.




i.   Ayat aktif boleh ditukar menjadi ayat pasif. Bagaimanapun, hanya ayat aktif transitif dapat dipasifkan. Ayat  aktif tat transitif tidak boleh dipasifkan kerana tidak ada obje.

ii.  Ayat pasif dapat dibahagikan kepada :

a.   Ayat  pasif diri  pertama

b.  Ayat  pasif  diri  kedua

c. Ayat  pasif  diri  ketiga

iii.  Cara untuk  membentuk ayat  pasif diri pertama dan ayat  pasif diri kedua adalah sama.   

Ayat   Aktif
(  pelaku pertama / kedua  )
Subjek + kata kerja transitif + objek
Ayat  Pasif
(  pelaku pertama / kedua )
Subjek + pelaku + kata kerja pasif  (  tanpa   awalan )

Subjek
KKT
Objek
Subjek
Pelaku
KKP
Saya
melukis
gambar itu
Gambar itu
saya
lukis.
Kami
menanam
bunga.
Bunga
kami
tanam.

Kamu
membaiki
kereta.
Kereta
kamu
baiki.

Awak
memakai
baju.
Baju
awak
pakai.




iv. Apabila menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif, semua awalan perlu digugurkan manakala akhiran dikekalkan.

v. Jika terdapat kata bantu sudah,telah,pernah dan lain-laiin dalam ayat aktif, maka kata bantu tersebut perlu diletakkan di hadapan kata ganti nama diri pertama atau kata ganti nama diri kedua dalam ayat pasif.

vi. Cara untuk menukar ayat aktif pelaku diri ketiga kepada ayat pasif ialah :

Ayat  Aktif    ( pelaku ketiga )
subjek  + kata kerja transitif + objek
Ayat  Pasif  ( pelaku  ketiga )
subjek + kata kerja pasif (berawalan di- ) + kata sendi nama oleh + pelaku
Subjek
KKT
Objek
Subjek
KKP (berawalan di-) + oleh
Pelaku
Dia
membaca
buku itu.
Buku  itu
dibaca oleh
-nya
Norilah
menulis
karangan.
Karangan
ditulis  oleh
Norilah.




vii. Semua kata kerja pasif menggunakan awalan di- dan diikuti kata sendi nama oleh.

Viii. Kata sendi nama oleh dalam ayat pasif pelaku diri ketiga boleh digugurkan jika tidak mengubah atau merosakkan maksud  ayat.

ix. Jika terdapat kata bantu sedang, telah, mesti dan sebagainya dalam ayat pasif diri ketiga, maka kata bantu tersebut diletakkan di hadapan kata  kerja pasif.

No comments:

Post a Comment