Wednesday, May 2, 2012
Monday, April 30, 2012
Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.
Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung.
1 subjek | 1 predikat |
Saya | sakit. |
Rumah Ali | cantik. |
Ahmad | tidak pergi ke sekolah hari ini. |
Ayat Majmuk | Kata Hubung | Ayat Tunggal |
Jia Cheng suka makan nasi lemak dan mi sup. | dan | a) Jia Cheng suka makan nasi lemak. b) Jia Cheng suka makan mi sup. |
Rumah yang besar itu rumah Fazli. | yang | a) Rumah itu besar. b) Rumah itu rumah Fazli. |
Dia memberitahu bahawa kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. | bahawa | a) Dia memberitahu. b) Kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. |
Dia akan balik ke kampung apabila ada masa lapang. | apabila | a) Dia akan balik ke kampung. b) Dia ada masa lapang. |
Saturday, April 28, 2012
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
Ayat aktif dan ayat pasif ialah dua bentuk ayat yang berbeza tetapi menyampaikan makna yang sama.
Ayat aktif | Ayat pasif |
Saya makan nasi. | Nasi saya makan. |
Dia membaca buku. | Buku dibaca olehnya. |
i. Ayat aktif boleh ditukar menjadi ayat pasif. Bagaimanapun, hanya ayat aktif transitif dapat dipasifkan. Ayat aktif tat transitif tidak boleh dipasifkan kerana tidak ada obje.
ii. Ayat pasif dapat dibahagikan kepada :
a. Ayat pasif diri pertama
b. Ayat pasif diri kedua
c. Ayat pasif diri ketiga
iii. Cara untuk membentuk ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama.
Ayat Aktif ( pelaku pertama / kedua ) Subjek + kata kerja transitif + objek | Ayat Pasif ( pelaku pertama / kedua ) Subjek + pelaku + kata kerja pasif ( tanpa awalan ) | ||||
Subjek | KKT | Objek | Subjek | Pelaku | KKP |
Saya | melukis | gambar itu | Gambar itu | saya | lukis. |
Kami | menanam | bunga. | Bunga | kami | tanam. |
Kamu | membaiki | kereta. | Kereta | kamu | baiki. |
Awak | memakai | baju. | Baju | awak | pakai. |
iv. Apabila menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif, semua awalan perlu digugurkan manakala akhiran dikekalkan.
v. Jika terdapat kata bantu sudah,telah,pernah dan lain-laiin dalam ayat aktif, maka kata bantu tersebut perlu diletakkan di hadapan kata ganti nama diri pertama atau kata ganti nama diri kedua dalam ayat pasif.
vi. Cara untuk menukar ayat aktif pelaku diri ketiga kepada ayat pasif ialah :
Ayat Aktif ( pelaku ketiga ) subjek + kata kerja transitif + objek | Ayat Pasif ( pelaku ketiga ) subjek + kata kerja pasif (berawalan di- ) + kata sendi nama oleh + pelaku | ||||
Subjek | KKT | Objek | Subjek | KKP (berawalan di-) + oleh | Pelaku |
Dia | membaca | buku itu. | Buku itu | dibaca oleh | -nya |
Norilah | menulis | karangan. | Karangan | ditulis oleh | Norilah. |
vii. Semua kata kerja pasif menggunakan awalan di- dan diikuti kata sendi nama oleh.
Viii. Kata sendi nama oleh dalam ayat pasif pelaku diri ketiga boleh digugurkan jika tidak mengubah atau merosakkan maksud ayat.
ix. Jika terdapat kata bantu sedang, telah, mesti dan sebagainya dalam ayat pasif diri ketiga, maka kata bantu tersebut diletakkan di hadapan kata kerja pasif.
Jenis-jenis Ayat
Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan tujuan ayat tersebut diucapkan.
Jenis Ayat | Ayat Contoh |
Ayat Penyata | Dia suka makan gula-gula. |
Ayat Tanya | Bilakah hari jadi kamu ? |
Ayat Seruan | Wah, cantiknya lukisan itu ! |
Ayat Perintah | Silalah duduk. |
Thursday, April 26, 2012
Kata Adjektif
Kata adjektif ialah perkataan yang digunakan untuk menerangkan sifat sesuatu kata nama atau frasa nama.
Jenis | Contoh | Ayat Contoh |
sifat | takut, jahat | Budak jahat itu dihalau oleh Pak Ali. |
warna | biru, hijau | Beg Ali berwarna biru. |
ukuran | tinggi, rendah | Dia ditempatkan di depan kerana rendah. |
jarak | rapat,nyaris | Dia rapat dengan budak rajin itu. |
Bentuk | bengkok,lurus | Jalan ke rumah saya lurus. |
pancaindera | harum, busuk | Bunga ini sangat harum baunya. |
waktu | Baru, segera | Dia baru pulang dari pejabat. |
cara | laju,perlahan | Dia berjalan dengan laju kerana sudah lewat. |
perasaan | gembira, rindu | Wei Bing berasa gembira kerana mendapat tempat kedua dalam kelas. |
Latihan
panjang | kecil | ungu | tinggi | sedap | bulat |
Subscribe to:
Posts (Atom)