Saturday, March 31, 2012

Kata Tugas

Kata Tugas
( C ) Kata Tanya
Kata  Tanya ialah kata yang digunakan dalam ayat tanya.

Kata Tanya
Penggunaan
Ayat Contoh
mengapa
Digunakan untuk
·         Menanyakan sebab

Mengapakah kamu lewat hari ini ?
berapa
Digunakan untuk
·         Menanyakan jumlah

Berapakah harga buku yang kamu beli itu ?
bila
Digunakan untuk
·         Menanyakan masa

Bilakah peperiksaan akhir tahun akan bermula?
bagaimana
Digunakan untuk
·         Menanyakan cara atau keadaan

Bagaimanakah kamu datang ke sekolah ?
Bagaimanakah keadaan kakak kamu sekarang ?
apa
Digunakan untuk
·         menanyakan perkara, benda dan binatang

Apakah yang kamu cari itu ?
siapa
Digunakan untuk
·         menanyakan manusia

Siapakah guru kelas 5 Kuning ?
mana
Digunakan untuk
·         menanyakan arah dan temapat

Di manakah letaknya rumah Samy ?

( D )Kata Arah
Kata arah ialah kata yang menunjukkan arah. Kata arah didahului oleh kata sendi nama.

Contoh-contoh kata arah :

atas
antara
bawah
tepi
belakang
tengah
dalam
luar
sisi
penjuru
sudut
segi
selatan
samping
timur
barat
hadapan
utara
hujung
kanan

( E ) Kata Seru
Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan.

Kata seru
Ragam perasaan
Ayat contoh
aduh
sakit
Aduh, sakitnya kaki saya !
aduhai
sedih
Aduhai, malangnya nasib kita!
alamak
terkejut
Alamak, kunci saya tertinggal di dalam bas !
amboi
hairan
Amboi, besarnya rumah Mei Li !
cis
marah
Cis, berani engkau mencabarku !
hai
gembira
Hai , apa khabar !
nah
marah
Nah, ambil duit ini !
oh
Hairan,terkejut,kecewa
Oh, kamulah yang menconteng dinding ini !
wah
hairan
Wah , cantiknya lukisan itu !
wahai
sedih
Wahai anak-anak ,rajinlah belajar !
syabas
gembira
Syabas , engkau telah mendapat tempat pertama !

Saturday, March 24, 2012

Kata Tugas

 ( A ) Kata Hubung

  Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menggabungkan kata, frasa dan ayat.


Kata    Hubung
Ayat     Contoh
dan
Hafiz dan adiknya pergi ke sekolah dengan menaiki bas.
atau
Kami akan bercuti ke Melaka atau Pulau Pinang pada cuti penggal yang akan datang.
tetapi
Wei Bing gemuk tetapi adiknya kurus.
kecuali
Bapa pergi ke pejabat setiap hari kecuali hari Ahad.
sambil
Emak memasak sambil mendengar muzik.
jika/ jikalau/
sekiranya/kalau
Jia Meng akan melawat neneknya jika ada masa lapang.
hingga/sehingga/
sampai
Mereka  menjerit hingga sakit kerongkong.
kerana
Dia tidak menyertai rombongan itu kerana tidak ada wang.
walaupun/sungguhpun/
meskipun
Walaupun tidak sihat, dia tetap pergi ke sekolah.
makin…..makin/
semakin ….. semakin
Kian …..kian
Wang yang disimpannya semakin lama semakin banyak.
sama ada ……atau
Sama ada Azhar atau Kamaruddin perlu menghadiri mesyuarat hari ini.
walaupun …..namun
sungguhpun….tetapi
Walaupun sakit namun dia tetap pergi bekerja.


( B )  Kata Sendi Nama

Kata sendi nama ialah kata yang letaknya di hadapan frasa nama.

Kata Sendi Nama
Penggunaan
Ayat Contoh
di
Untuk menunjukkan    
·         tempat

Mereka berkelah di pantai.
ke
Untuk menunjukkan
·         tempat
·         arah yang dituju
·         waktu

Dia pergi ke sekolah dengan bas.
Angin bertiup ke selatan.
Mereka berlatih dari pagi hingga ke petang.
dari
Untuk menunjukkan
·         tempat
·         masa

·         arah

Pelancong itu dari Hong Kong.
Dia belajar dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Angin bertiup dari arah timur.
daripada
Untuk menunjukkan
·         punca bagi manusia

·         sumber
·         benda abstrak

·         perbandingan
·         bahagian sesuatu

Dia menerima sesuatu daripada kawan penanya.
Alat itu diperbuat daripada logam.
Pencapaiannya ialah hasil daripada usaha gigihnya.
Abang  lebih tinggi  daripada saya.
Dua per tiga daripada penduduk  taman itu bekerja di kilang.
kepada
Untuk menunjukkan
·         sasaran yang merujuk
           manusia,haiwan dan   
          unsur  mujarad     
·         menyatakan pecahan

Dia memberikan hadiah itu kepada  adiknya.
Saya memberikan seekor ikan kepada kucing saya.
Pertandingan itu dibahagikan kepada empat kategori.
pada
Untuk menunjukkan
·         masa

·         tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja
·         digunakan sesudah perkataan ada

Mereka akan bertolak pada pukul 4.00 petang.
Dia menggantung gambar keluarganya pada  dinding.

Buku cerita saya ada pada abang.
tentang
Untuk  menunjukkan
·         rujukan sesuatu


Mereka sedang berbincang tentang masalah disiplin pelajar.
akan
·         didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif
Dia sayang akan anak bongsunya.
hingga/sampai
Untuk menunjukkan
·         masa

Bayi  itu tidur dari pukul 8.00 malam hingga pukul 8.00 pagi.
sejak/semenjak
Untuk menunjukkan
·         maksud masa

Dia telah berpindah ke bandar sejak lima tahun dahulu.
untuk
Untuk menunjukkan
·         kegunaan sesuatu

·         bahagian yang ditentukan

Rumah itu dibina untuk pekerja-pekerja kilangnya.
Baju itu untuk bapa.
demi
Untuk menunjukkan
·         maksud tujuan

Kita perlu berusaha demi masa depan kita.
dalam
Untuk menunjukkan
·         maksud lingkungan yang tidak ada ruang

Berita itu disiarkan dalam akhbar tempatan.
antara
Untuk menunjukkan
·         maksud lingkungan yang tidak mempunyai ruang

Ada banyak perbezaan antara kedua-dua orang kembar itu.